Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Kitaorg pergi Pulau Langkawi Cuti Disember ni. Then continue ke Pulau pinang pulak..
Langkawi sangat best. Pulau pinang pulak sangat sesak tapi makanan dia gred A. Sedap sgt n mahal sgt. hahaha
Jom tengok gambar dari iPhone yang x cantik ni
masa tengah tunggu feri di Jeti Kuala Perlis
Tiket Dewasa - RM18.00
Kanak-kanak - RM13.00
Adam yang excited masa dalam feri
Di Petronas Pekan Kuah. Dapat kereta buruk. Wira Auto. So kuat minyak. 3 hari saja minyak RM80.00. WTF
Ini lah keretanya. Siap berlubang dekat bonet.
Harga Sehari - RM70.00
Tiket di Makam Mahsuri
RM7.00/seorang
Laksa Kaw Beras terbakar
Terbaik di Langkawi
Jangan lupa try air jagung, Laksa n Nasi goreng Kampung
Terbaik dari Langkawi
Landmark : Depan Sekolah Kebangsaan Padang Mat Sirat
Beras Terbakar.
Best sebab murah sangat.
Kain Batik RM18 2 helai
Baju 3 helai RM10
cenderahati keychain n FM murah.
tapi panas sangat ok
Family Potrait
Dataran Helang
Rasanya elok pergi waktu malam. Sebab siang panas sgt. Tepi laut kan.
Galeri Perdana
Tempat simpan cenderahati yang diberi kepada Tun Mahathir. Semua disimpan kat sini.
Tiket Dewasa - RM5.00
Warga Emas - RM3.00
Kanak-kanak - RM3.00
Kampung Air Hangat
Ok gak la.. tapi panas bedenting, sebab xde bumbung. Lagipun tengah renovation. Maybe tahun depan ok kot. Kolam dia kecik je n tak panas sangat. Air pun kotor.
Cable Car Gunung Machinchang
Dengan MyCard murah sikit
Dewasa - RM15.00
Kanak-kanak -RM10.00
Wayang 6D
Dewasa - RM16.00
Kanak-kanak - tak ingat berapa
Gunung Machinchang with Love
Meneruskan perjalanan Ke Pulau Pinang
Tol melalui Jamabatan Pulau Pinang RM7.00 ok
Feri Free. Tapi jenuh gak la menunggu.. kat feri tak sampai 10 minit. Boleh la keluar dari kereta tengok pemandangan.
Bihun Sotong. Sedap n murah. Tapi pedas gila. Pedih perut.
OTW balik. Naik Feri.
Gambar kami sekeluarga yang gelap.
Itu saja untuk kali ini. Tapi Pulau Pinang tak syok g time cuti sekolah. Terlampau pack dengan orang. Merata tempat ramai orang.
Owh lupa. Minyak kereta sepanjang perjalanan hanya RM200. Tol dalam RM100.00. Shoping, makan dan tiket masuk mana-mana tempat dalam RM2000. So percutian yang best and menjimatkan jugak. Sebab barang di Pulau langkawi sangat murah ok..